SAMBUTAN HARI KEBESARAN ISLAM: CERAMAH AWAL MUHARAM PERINGKAT PANGKALAN UDARA KUCHING BAGI TAHUN 1447H/2025M

1 2 3
4 5 6

 

KUCHING, 1 Jul 25 - Pangkalan Udara Kuching telah menganjurkan Ceramah Awal Muharam peringkat Pangkalan Udara Kuching bagi tahun 2025 bersempena dengan Sambutan Hari Kebesaran Islam Tahun 1447 Hijrah di Surau ‘Amru bin Al-‘Ash RKAT Batu 10 ¹/². Ceramah tersebut telah disampaikan oleh penceramah jemputan Al Fadil Ustaz PW II Norheyree bin Nordi, Penasihat Hal Ehwal Islam daripada 3 Kompeni KPD.

Ceramah ini turut dihadiri oleh Pemangku Komander Pangkalan, Lt Kol Mohd Dirozayf bin Mohamed Din TUDM dan disertai oleh semua peringkat pegawai, anggota LLP dan ahli BAKAT.

Peristiwa Awal Muharam mengingatkan kita tentang penghijrahan baginda Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah yang merupakan satu peristiwa besar yang membawa perubahan positif kepada umat Islam. Justeru itu, tujuan utama ceramah ini adalah bagi menyemarakkan semangat hijrah dalam kalangan warga TUDM, serta memperkukuhkan lagi jati diri mereka sebagai Muslim yang berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Ceramah ini bukan sahaja memberi manfaat kepada anggota TUDM, tetapi juga kepada keluarga mereka. Ia merupakan platform yang baik untuk berkongsi ilmu agama dan memperkukuhkan lagi ikatan silaturrahim dalam komuniti TUDM. Semoga tahun ini memberikan kekuatan, kebahagiaan dan rezeki melimpah ruah dari-Nya.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY