PEGAWAI TUDM PERTAMA KE DUNIA TEKNOLOGI GOOGLE DAN PROGRAM GDCA GOOGLE MALAYSIA MEWAKILI KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA

1 2 5
6 7 8

 

KUALA LUMPUR, 30 Jun 2025- Bahagian Inovasi Kementerian Pertahanan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia mendapat jemputan bagi taklimat Teknologi Google Distributed Cloud Air-Gapped (GDCA). Sekretariat Inovasi Kementerian yang diketuai oleh Puan Syaidatul Azla binti Abdul Malek berjaya mengkoordinasi program inovasi bersama Google Malaysia yang pertama dalam Kalendar Inovasi Kementerian dan dibantu oleh Lt Kol Hairul Zaimy bin Ibrahim TUDM selaku Ikon Inovasi Kementerian Pertahanan. Turut mengambil penyertaan dari projek Impak tinggi Kementerian adalah Mej Mohd Khairil Ashraf bin Maton TUDM, Ketua Projek AIS-MOD dan Kapt Ts. Muhammad Syahmin bin Sufendi TUDM serta Kapt Muhammad Nur Shakarullah bin Muhamad Zawawi TUDM dari Kumpulan MATSENZ.

TUDM turut berbangga dengan kejayaan empat (4) Pegawai TUDM yang pertama ke Fasiliti Google Malaysia serta berjaya berkolaborasi (Future Technology Engagement) bersama Chief Executive Officer-CEO GAMUDA DNEX selaku Wakil tunggal Google Malaysia yang akan bersama TUDM memacu kemajuan teknologi AI dan Cloud untuk negara Malaysia. Dengan jalinan kerjasama ini, Pelantar Inovasi TUDM, ATM dan Kementerian Pertahanan akan berubah corak bagi memastikan Industri pertahanan terus maju dalam Inovasi Negara.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY