PERBARISAN PEGAWAI MEMERINTAH MARKAS TENTERA UDARA (MTU) MENEGASKAN DISIPLIN, INTEGRITI DAN KESIAGAAN WARGA

1 2 2 3
4 5 6
7 8 9

 

KUALA LUMPUR, 30 April 2026 – Perbarisan Pegawai Memerintah Markas Tentera Udara (MTU), Kolonel Abdul Aziz bin Abdul Rahman TUDM, telah dilaksanakan dengan penuh tertib di Padang Kawad, Kem Garison.

Perbarisan pagi ini melibatkan lima (5) pegawai dan 175 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Mejar Mohd Sani bin Zakariya TUDM. Ajutan Perbarisan ialah Kapten Mohamad Basri bin Samsuri TUDM, manakala Pegawai Waran Perbarisan ialah PW U I Mazuin @ Zuraidi bin Majid.

10 11 12
13 14 15
16 17 18

 

Dalam ucapan, Pegawai Memerintah MTU menegaskan kepentingan DISIPLIN sebagai tunjang utama kecemerlangan organisasi, di samping menuntut setiap warga MTU untuk terus memperkukuh INTEGRITI dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Beliau turut menekankan aspek KESIAGAAN yang perlu sentiasa berada pada tahap tinggi bagi memastikan kesiapsiagaan pasukan kekal relevan dan efektif dalam menghadapi sebarang cabaran semasa.

Beliau seterusnya menyeru agar tahun ini dijadikan sebagai titik tolak untuk memperbaiki kelemahan, meningkatkan PRESTASI KERJA serta memperkukuh semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga MTU. Dengan budaya kerja yang berdisiplin, berintegriti dan sentiasa bersedia, MTU diyakini mampu terus cemerlang dalam melaksanakan setiap amanah yang dipertanggungjawabkan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY