MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BAKAT PANGKALAN UDARA LABUAN TAHUN 2026

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

LABUAN, 2 Mei 2026 – Komander Pangkalan Udara Labuan, Brig Jen Hamidi bin Hashim TUDM telah menyempurnakan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Pangkalan Udara Labuan Tahun 2026 yang diadakan di Dewan Mutiara, Pangkalan Udara Labuan. Mesyuarat Agung tersebut dipengerusikan oleh Puan Norhafizah binti Ali selaku Pengerusi BAKAT PU Labuan.

Mesyuarat Agung ini diadakan bertujuan untuk membincangkan perancangan aktiviti sepanjang tahun semasa di samping menilai pelaksanaan program serta isu-isu berbangkit bagi tahun terdahulu, khususnya bagi sesi 2025/2026. Ia juga bertujuan memastikan pengurusan dan pentadbiran BAKAT PU Labuan sentiasa berada pada tahap yang teratur, sistematik dan berkesan.

Sepanjang mesyuarat, para ahli telah diberi pendedahan melalui tayangan montaj aktiviti BAKAT PU Labuan bagi tahun 2025/2026, diikuti dengan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada Ketua Biro dan Ahli Jawatankuasa sebagai tanda pengiktirafan terhadap sumbangan dan komitmen mereka.

Sebagai sebuah organisasi yang menitikberatkan kebajikan keluarga warga tentera, BAKAT PU Labuan komited dalam memperkasakan institusi kekeluargaan melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti yang berimpak positif. Usaha ini selaras dengan hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sejahtera, harmoni dan berdaya tahan dalam kalangan warga TUDM.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY