PROGRAM MENTAL TOUGHNESS & STRESS MANAGEMENT PERINGKAT PANGKALAN UDARA KUCHING

5 4 2
1 3

 

KUCHING, 15 Mei 26 – Program Mental Toughness & Stress Management Peringkat Pangkalan Udara Kuching anjuran bersama pihak pangkalan dan pelajar Tahun 3 Jurusan Kaunseling Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berlangsung dengan jayanya di Auditorium Cekal Kenyalang, No. 1 Skuadron. Program ini disertai seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan anggota lain-lain pangkat. Turut hadir dalam program ini adalah Komander Pangkalan Udara Kuching, Kol Yusrizal bin Zain TUDM.

Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini memberi fokus kepada usaha membentuk jati diri yang teguh serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan mental. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan kaedah pengurusan tekanan bagi membantu mereka menghadapi pelbagai situasi dan cabaran dalam pekerjaan mahupun kehidupan seharian.

Inisiatif Mental Toughness & Stress Management ini merupakan langkah yang amat baik dalam melatih individu untuk kekal tenang, fokus, berdisiplin dan positif walaupun berada dalam keadaan tertekan atau sukar. Individu yang memiliki ketahanan mental serta mampu mengurus stres dengan baik bukan sahaja tidak mudah mengalah, malah berupaya mengawal emosi dan bangkit semula selepas menghadapi kegagalan atau cabaran.

Kemuncak program diserikan dengan majlis penyampaian sijil kepada para peserta serta pertukaran cenderahati antara Komander Pangkalan dan wakil pelajar Tahun 3 Jurusan Kaunseling UNIMAS. Program seumpama ini amat signifikan dalam melahirkan generasi yang lebih sihat dari segi mental dan fizikal, sentiasa berfikiran positif serta tidak mudah goyah dalam menghadapi cabaran semasa.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY