PROGRAM CERAMAH PERDANA AIDILADHA PERINGKAT PANGKALAN UDARA KUANTAN TAHUN 2026

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

KUANTAN, 18 Mei 2026 – Sempena sambutan Aidiladha, satu Program Ceramah Perdana AidilAdha yang dianjurkan oleh Pangkalan Udara Kuantan telah berjaya dilaksanakan di Masjid Al-Makmur Batu 10 dengan menampilkan penceramah terkenal, Al-Fadhil Ustaz Syamsul Debat yang menyampaikan ceramah bertajuk “Yang Disembelih itu Haiwan, Yang Diuji itu Hati”.

Program tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga tentera amnya dan warga TUDM khasnya serta masyarakat setempat yang hadir bagi menghayati pengisian rohani sempena bulan Zulhijjah dan ibadah korban. Ceramah yang disampaikan menyentuh aspek pengorbanan, keikhlasan serta penghayatan nilai ketaatan kepada Allah SWT dalam kehidupan seharian.

Turut hadir memeriahkan program ialah YBhg Kol Baharin bin Mohamad TUDM, Komander Pangkalan bersama isteri selaku Pengerusi BAKAT Pangkalan Udara Kuantan. Kehadiran beliau mencerminkan komitmen berterusan pihak pangkalan dalam memperkukuhkan hubungan silaturahim antara warga tentera dan komuniti awam.

10 11 12
13 14 15

 

Penganjuran program ini juga merupakan salah satu inisiatif dalam menyokong Pelan Strategik MINDEF 2026–2030 khususnya di bawah Teras 4: Pemerkasaan Kerjasama Awam–Tentera atau Civil-Military Cooperation (CIMIC). Pendekatan ini dilihat mampu mempererat hubungan harmoni antara Angkatan Tentera Malaysia dan masyarakat melalui pelaksanaan program kerohanian, kemasyarakatan serta pembangunan sahsiah.

Selain itu, pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan Imam dan Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Makmur Batu 10 atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program berkenaan.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai medium memperkukuhkan nilai dakwah, ukhuwah, perpaduan serta penghayatan Islam dalam kalangan masyarakat dan warga pertahanan negara selari dengan Tonggak Utama TUDM iaitu Membentuk Warga Berakhlak Tinggi dan Mempertingkatkan Perhubungan Awam dan Pertahanan.

Firman Allah Dalam Surah Al-Hajj Ayat 37:

لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚ
Maksudnya : "Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu."

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY