![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 30 Julai 2025 – Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) & Seksyen Pendidikan Pangkalan Udara Kuantan telah menganjurkan Program Ceramah Kenali Trafik Kewangan Anda bertempat di Dewan Sri Angkasa, PU Kuantan.
Program ini telah disertai seramai 50 ahli BAKAT Udara dan 50 anggota PU Kuantan. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Wan Mohd Saifudin bin Wan Ibrahim, Penasihat Kewangan dari Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) Kuantan.
Objektif Program Ceramah "Kenali Trafik Kewangan Anda" ini adalah untuk memberi kesedaran dan ketenangan individu melalui khidmat nasihat kewangan dalam memangkin pembangunan dan peningkatan kesejahteraan keluarga warga Pangkalan Udara Kuantan dari aspek penilaian dan pengurusan kewangan yang berkesan.
Semoga dengan penganjuran program sebegini, ia dapat memberi kesedaran dan mendidik ahli BAKAT dan anggota dalam mengawal serta mengurus kewangan dengan lebih baik sekaligus melestarikan institusi keluarga yang bahagia dikalangan warga TUDM.