PROGRAM PERTUKARAN PEGAWAI MUDA TUDM-RTAF TERUS PERKUKUH HUBUNGAN KETENTERAAN MALAYSIA-THAILAND

1.1 2.2 3.3 4.4
5.5 6.6 7.7

 

KUALA LUMPUR, 26 Julai 2025 – Seramai 15 pegawai dari Royal Thai Air Force (RTAF) telah menyertai Program Pertukaran Pegawai Muda (Junior Officer Exchange Programme - JOEP) antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan RTAF yang berlangsung di Malaysia dari 21 hingga 26 Julai 2025. Delegasi RTAF ini diketuai oleh Group Captain Naruth Kamnerdnakta.

JOEP merupakan inisiatif tahunan yang bersifat strategik dalam memperkukuh hubungan kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Thailand. Selain meningkatkan diplomasi ketenteraan, program ini berfungsi sebagai platform pertukaran ilmu, kepakaran profesional, amalan operasi terbaik serta pemahaman budaya kerja antara kedua-dua angkatan udara. Ia sekali gus memperkukuh kepercayaan bersama dan kesediaan untuk menghadapi cabaran keselamatan serantau secara kolektif.

Sebagai sebahagian daripada pengisian program, delegasi RTAF telah mengadakan kunjungan hormat kepada Asisten Ketua Staf Kejuruteraan, Mej Jen Muhd Aznor bin Hj Md Ghazali TUDM serta menerima taklimat menyeluruh berkenaan struktur organisasi dan peranan strategik TUDM di Wisma Pertahanan.

Delegasi turut melawat dua pangkalan TUDM iaitu Pangkalan Udara Subang dan Kolej Tentera Udara. Lawatan ini memberikan pendedahan mendalam terhadap aset, sistem latihan dan keupayaan operasi TUDM yang relevan dalam konteks keselamatan serantau.

Delegasi RTAF turut diperkenalkan dengan kebudayaan dan sejarah Malaysia dengan melawat ke beberapa lokasi ikonik seperti A’ Famosa Melaka, Menara Kuala Lumpur dan Genting Highland.

Secara keseluruhan, JOEP bukan sahaja menyumbang kepada pengukuhan hubungan dua hala antara TUDM dan RTAF, tetapi juga mencerminkan komitmen jangka panjang Malaysia dan Thailand dalam memperkasa jaringan kerjasama pertahanan yang kukuh, progresif dan saling mempercayai.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY