SESI DIALOG WARGA WISMA BINTARA PANGKALAN UDARA SUBANG BERSAMA KOMANDER PANGKALAN

1 2 3
4 5 6

 

SUBANG, 3 Sept 2025 – Pangkalan Udara Subang telah melaksanakan satu sesi Dialog Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) bersama YBhg Komander Pangkalan telah diadakan di Dewan Utama Wisma Bintara, Pangkalan Udara Subang pada 3 Sept 25. Dialog ini bertujuan membuka ruang komunikasi secara langsung antara kepimpinan pangkalan dengan warga PTTK dalam membincangkan isu kebajikan, operasi dan pembangunan kerjaya.

Program ini disertai oleh seramai 365 orang ahli Wisma Bintara, Pangkalan udara Subang.

Dalam ucapan alu-aluan, Komander Pangkalan menzahirkan penghargaan kepada semua PTTK yang disifatkan sebagai tulang belakang organisasi. Beliau menekankan kepentingan disiplin, profesionalisme dan semangat kerja berpasukan dalam memastikan kelancaran operasi harian.

Antara isu yang dibincangkan dalam sesi dialog termasuklah:

- Kebajikan dan kesejahteraan anggota.

- Penyenggaraan fasiliti dan peralatan kerja.

- Cadangan penambahbaikan prosedur operasi.

- Peluang latihan dan pembangunan kerjaya.

Sesi soal jawab berlangsung dalam suasana terbuka dan mesra. Beberapa cadangan bernas telah diterima untuk pertimbangan serta tindakan susulan pihak pengurusan.

Majlis diakhiri dengan pesanan Komander agar warga PTTK terus memainkan peranan penting dalam menjayakan misi dan visi organisasi, selain mengekalkan semangat esprit de corps di kalangan warga pangkalan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY