KEJOHANAN BADMINTON ISG ATM 2025

1

 

LUMUT, 4 September 2025 – Kejohanan Badminton Inter-Services Games (ISG) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berlangsung selama tiga hari di Pangkalan TLDM Lumut telah melabuhkan tirainya dengan kontinjen Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menduduki tempat ketiga keseluruhan.

Kejohanan yang berlangsung dari 2 hingga 4 September 2025 ini mempertandingkan pelbagai kategori, melibatkan penyertaan daripada tiga cabang utama ATM iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan TUDM.

TUDM menunjukkan prestasi yang konsisten dalam semua kategori yang dipertandingkan dengan keputusan seperti berikut:
1. Kategori Berpasukan (Pegawai): Tempat Ketiga
2. Perseorangan Lelaki Terbuka: Naib Johan
3. Perseorangan Perempuan Terbuka: Tempat Ketiga
4. Beregu Lelaki Terbuka: Naib Johan
5. Veteran Lelaki Terbuka: Tempat Ketiga
6. Beregu Campuran Terbuka: Tempat Ketiga

Tahniah diucapkan kepada seluruh kontinjen TUDM atas semangat juang dan komitmen yang ditunjukkan. Semoga pada tahun hadapan, kita mampu memberi saingan yang lebih sengit dan terus cemerlang dalam sukan badminton.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY