![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SENDAYAN, 1 Jul 25 – Lt Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM telah memulakan tugas hari pertama beliau sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (PPLU) ke-19 di Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU), PU Sendayan.
Ketibaan Lt Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM telah disambut oleh Lt Kol Junaidi bin Abdul Aziz TUDM selaku Pemangku Komander Pangkalan di pintu utama Pangkalan Udara Sendayan. Beliau menerima tabik hormat serta memeriksa kawalan kuarter sebagai simbolik penghormatan mengikut tradisi ketenteraan.
Seterusnya, ketibaan PPLU di MPPLU telah disambut oleh Brig Jen Norazman bin Ismail TUDM, Ketua Staf MPPLU; Kol Hamidi bin Hashim TUDM, Pengarah Latihan MPPLU; Kol Zamzuri bin Talib TUDM, Pengarah Bantuan MPPLU serta para pegawai dan staf. Turut hadir di majlis ini adalah Komandan/Komander dan Pegawai Memerintah unit-unit naungan.
Simbolik mula tugas, Lt Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM meletakkan gambar beliau di Galeri Panglima Pendidikan dan Latihan Udara selaku PPLU ke-19. Majlis diteruskan dengan sesi bacaan doa di pejabat PPLU dan taklimat eksekutif berkaitan peranan dan fungsi MPPLU di Bilik Mesyuarat Markas.
Seluruh warga TUDM menzahirkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat memulakan tugas kepada Lt Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM sebagai PPLU ke-19. Semoga YBhg Dato' akan terus memacu kecemerlangan pendidikan dan latihan TUDM dalam melahirkan modal insan TUDM yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam melaksanakan setiap penugasan serta tanggungjawab.