KUNJUNGAN HORMAT SINGAPORE ARMED FORCES DEFENCE ADVISER KE ATAS PANGLIMA OPERASI UDARA

1 2
3 4

 

SUBANG, 1 Jul 2025 – Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Singapore Armed Forces Defence Adviser (SAF), Kol Dean Tan Wah Kheng di pejabat beliau, hari ini.

Kunjungan ini merupakan salam perkenalan daripada Kol Dean Tan Wah Kheng selaku Singapore Armed Forces Defence Adviser (SAF) kepada Panglima Operasi Udara yang baharu. Pertemuan ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan dua hala yang sedia terjalin antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan Singapore Armed Forces (SAF), serta memupuk kerjasama pertahanan yang lebih erat antara Malaysia dan Singapura.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY