ISTIADAT PERBARISAN PERSARAAN JENERAL TAN SRI DATO’ SRI MOHD ASGHAR KHAN BIN GORIMAN KHAN TUDM

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12
13 14 15
16 17 18
19 20 21
22 23 24
25 26 27
28 29 30
31 32 33
34 35 36

 

SUBANG, 26 Jun 2025 – Perbarisan Persaraan Panglima Tentera Udara Ke-20, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah dilaksanakan dengan penuh istiadat ketenteraan bertempat di Pangkalan Udara Subang hari ini.

Perbarisan ini adalah penghargaan khas oleh TUDM kepada beliau yang bakal menamatkan perkhidmatan setelah lebih 40 tahun mencurahkan khidmat bakti di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Turut diraikan adalah isteri beliau, Puan Sri Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan.

Turut hadir dalam Istiadat Perbarisan Persaraan adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM dan isteri Datin Sri Hjh Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor; Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM dan isteri, Datin Pahlawan Lynette binti Tan Sri Mohamed; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM dan Isteri, Datin Dewimastura binti Tumiran; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM dan Isteri, Datin Maznah binti Hj Johari; Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato' Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM dan Isteri, Datin Zaity Junaida binti Mohd Zaki.

Seramai 24 orang pegawai dan 411 anggota lain-lain pangkat diketuai oleh Leftenan Kolonel Muhd Faizal bin Abdul Rahim TUDM, Pegawai Memerintah No 18 Skuadron telah terlibat dalam perbarisan bersejarah ini. Mengiringi acara perbarisan adalah Pancaragam Pusat TUDM di bawah pimpinan Lt Kol Mohamad Rizal bin Mohamad Noor TUDM.

Perbarisan turut melibatkan lapan Panji Panji iaitu Panji-Panji Rejimen TUDM,Panji-Panji Kolej Tentera Udara, Panji-Panji No 6 Skn, Panji-Panji No 10 Skn, Panji-Panji No 12 Skn, Panji-Panji No 16 Skn, Panji -Panji No 18 Skn, dan Panji-Panji No 20 Skn serta empat (4) Skuadron Pengawal.

Selain itu, perbarisan juga turut melibatkan pesawat-pesawat TUDM terdiri daripada dua (2) buah pesawat SU-30MKM, tiga (3) F/A-18 D, tiga (3) C-130H, sebuah A400M, lima (5) PC7 MKII dan empat (4) buah pesawat helikopter jenis EC-725 AP bagi acara terbang lintas.

Dalam ucapan, Panglima Tentera Udara Ke-20 mengulangi enam tonggak utama teras Perintah Ulung yang telah digariskan semasa mula memegang tampuk pimpinan TUDM yang menjadi panduan dan hala tuju dalam pemerintahan beliau bersama pengurusan TUDM yang lain. "Sepanjang pemerintahan, warga TUDM telah berjaya memperlihatkan keupayaan dan mendapat pengiktirafan sehingga ke peringkat antarabangsa dengan penglibatan dalam latihan, operasi-operasi Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) serta penganjuran LIMA`23 dan LIMA`25. Justeru, setiap kejayaan cemerlang yang telah dicapai ini telah meningkatkan imej dan reputasi TUDM serta peningkatan kepercayaan dan keyakinan kerajaan dan rakyat. Justeru, saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga TUDM yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang jitu dalam melaksanakan setiap tugas yag diamanah".

Mewakili pihak isteri, Puan Sri Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan selaku Pengerusi Jemaah BAKAT Udara, beliau turut menzahirkan rasa penghormatan dan terima kasih mendalam kepada BAKAT Udara yang telah memainkan peranan besar dalam memperkukuh institusi kekeluargaan, mempererat ukhuwah antara warga serta menjadi benteng sokongan moral dan emosi kepada anggota serta keluarga.

Di akhir acara, Panglima Tentera Udara Ke-20 dan isteri telah diberi penghormatan ditarik bersama pesawat Su-30MKM dalam acara send-off dengan "street lining". Seluruh warga TUDM ingin menzahirkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM dan Puan Sri Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan di atas segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan. Selamat Maju Jaya buat Tan Sri dan Puan Sri.

Signing Out, Gunjiz & Cikgu BB

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer