KUNJUNGAN HORMAT PANGLIMA TENTERA UDARA KEPADA PERDANA MENTERI

1 2 3
4 5

 

KUALA LUMPUR, 20 Jun 2025 - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah membuat kunjungan hormat kepada Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya hari ini.

Kunjungan hormat ini bersempena dengan persaraan Panglima Tentera Udara di dalam perkhidmatan ATM tidak lama lagi. Panglima Tentera Udara turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri di atas kepercayaan dan sokongan kepada beliau dalam menggalas amanah dan tanggungjawab menerajui TUDM selaku Panglima Tentera Udara Ke-20 sejak 7 Mac 2022.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer