LAWATAN KERJA PANGLIMA TENTERA UDARA KE AIROD SDN BHD, MEMPERKUKUH KOLABORASI STRATEGIK DENGAN INDUSTRI PERTAHANAN

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

SUBANG, 18 Ogos 2025 – Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah melaksanakan Lawatan Kerja ke AIROD Sdn Bhd, sebuah syarikat di bawah National Aerospace & Defence Industries (NADI).

Lawatan kerja ini adalah bagi memaksimumkan peluang kolaborasi strategik dengan industri dan rakan strategik dalam memastikan kemampanan aset serta kejayaan operasi TUDM, sepertimana tonggak keempat Perintah Ulung Panglima Tentera Udara iaitu “Meningkatkan Dokongan Logistik.” Selain itu, lawatan Panglima Tentera Udara ini juga bertujuan melihat keupayaan syarikat-syarikat di bawah industri pertahanan dalam mendukung kelestarian operasi (operational sustainability) khususnya kepada TUDM.

Turut sama melaksanakan lawatan ke syarikat tersebut adalah Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali. KSU dan PTU telah diberikan taklimat berkenaan perancangan masa hadapan serta pelan struktur AIROD untuk terus berkembang dalam industri pertahanan tempatan, seterusnya memastikan industri pertahanan negara lebih maju ke hadapan.

Panglima Tentera Udara turut menyuarakan pandangan dan idea dalam usaha menentukan hala tuju industri pertahanan negara berada di landasan yang utuh serta mampu menyumbang kepada kemampanan pertahanan negara pada tahap yang lebih tinggi.

Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Panglima Bantuan Udara, Mejar Jeneral Dato' Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM; AKS Perancangan & Pembangunan, Mejar Jeneral Mohd Sani bin Omar TUDM; AKS Kejuruteraan, Mejar Jeneral Muhd Aznor bin Haji Md Ghazali TUDM; dan AKS Materiel, Brigedier Jeneral Nor Azmi bin Abdul Rahman TUDM.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY