![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SINGAPURA, 20 Ogos 2025 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah melaksanakan Lawatan Pengenalan Rasmi beliau ke Republik Singapura pada 19 dan 20 Ogos 2025. Panglima Tentera Udara turut diiringi oleh isteri, Datin Sri Hajah Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor, merangkap Pengerusi Jemaah BAKAT Udara.
Dalam lawatan ini, Panglima Tentera Udara telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan Singapura, Mr Chan Chun Sing dan Chief of Air Force Republic of Singapore Air Force (RSAF), Mejar Jeneral Kelvin Fan di Kementerian Pertahanan (MINDEF) Singapura. Dalam kedua-dua pertemuan tersebut, perbincangan menjurus kepada usaha memperkukuhkan hubungan dua hala serta kerjasama strategik antara TUDM dan RSAF.
Sebagai pengiktirafan terhadap komitmen beliau dalam memperkukuhkan hubungan dua hala serta kerjasama erat TUDM dan RSAF, Mejar Jeneral Kelvin Fan telah menganugerahkan RSAF Honorary Wings kepada Panglima Tentera Udara.
Semasa rangka lawatan ini, Panglima Tentera Udara turut melaksanakan lawatan ke Changi Air Base (East). Dalam lawatan tersebut, beliau berpeluang meninjau pesawat A330 Multi-Role Tanker Transport (MRTT) yang dioperasikan oleh RSAF.
Turut serta dalam lawatan ini ialah Ketua Staf Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU), Brigedier Jeneral Ir. Azhar bin Hj Idris TUDM, dan Penasihat Ketenteraan kepada Panglima Tentera Udara, Kolonel Razali bin Ahmad Jumali TUDM.
Lawatan pengenalan ini mencerminkan komitmen jitu Panglima Tentera Udara dalam usaha mengeratkan dan memperkukuhkan hubungan pertahanan antara Malaysia dan Singapura.