![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 21 Ogos 2025 - Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah hadir memeriahkan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) Peringkat Kementerian Pertahanan Tahun 2025 di Dataran Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.
Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin bertemakan Malaysia MADANI: Rakyat Disatuni. Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) peringkat MINDEF tahun ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dan meningkatkan perpaduan dalam kalangan Warga Kerja Pertahanan.
Seramai lebih 600 warga MINDEF yang terdiri daripada pegawai dan anggota ATM serta kakitangan awam MINDEF telah melafazkan ikrar Rukun Negara yang diketuai oleh Kdr Mohd Shah Rizan bin Md Yasin TLDM sebagai ketua pembaca ikrar.
Majlis turut diserikan dengan Perarakan Kontinjen Merdeka yang disertai seramai 200 orang warga ATM dan awam MINDEF yang dengan iringan drumline daripada Pancaragam TUDM. Selain itu juga, perarakan turut dimeriahkan dengan perarakan dari MINDEF Bikers.
Turut hadir semasa pelancaran tersebut adalah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar; Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim bin Ali; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain; Pegawai-pegawai Kanan ATM, Pengurusan Tertinggi MINDEF serta warga Awam dan ATM.