![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 21 Ogos 2025 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Komandan Pangkalan Udara Kuching, Kolonel Yusrizal bin Zain TUDM di pejabat beliau, hari ini.
Pertemuan ini menjadi platform kepada Kolonel Yusrizal bin Zain TUDM untuk mendapatkan pandangan, nasihat serta amanat daripada kepimpinan tertinggi TUDM dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab agar selaras dengan Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP55).