LAWATAN PENGHARGAAN PANGLIMA TENTERA UDARA KE PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12
13 14 15

 

GONG KEDAK, 23 Jun 2025 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM dan isteri, Puan Sri Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan selaku Pengerusi Jemaah BAKAT Udara (JBU) telah mengadakan Lawatan Penghargaan ke Pangkalan Udara Gong Kedak.

Lawatan Panglima Tentera Udara dan isteri yang berlangsung selama 2 hari ini turut disertai oleh Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato' Mahadzer bin Amin TUDM dan isteri, Puan Datin Nor Asmah binti Hj Hashim; AKS Perancangan dan Pembangunan, Mej Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM; AKS Kejuruteraan, Mej Jen Muhd Aznor bin Hj Md Ghazali TUDM serta AKS Material, Brig Jen Nor Azmi bin Abd Rahman TUDM dan isteri, Puan Saleha binti Shafi.

Sebaik ketibaan, Panglima Tentera Udara dan isteri serta deligasi lawatan telah disambut oleh Komander Pangkalan, Kol Mohd Norazan bin Othman TUDM bersama isteri, Puan Madihah binti Murad serta barisan eksekutif pangkalan. Panglima Tentera Udara kemudiaannya telah diberi penghormatan untuk mengambil tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) daripada Pangkalan Udara Gong Kedak bersama Panji-Panji No.12 Skuadron yang terdiri daripada 3 pegawai dan 103 anggota LLP diketuai oleh Mej Muhammad Safwan bin Abdul Jalil TUDM.

Lawatan Panglima Tentera Udara diteruskan dengan sesi menandatangan buku lawatan di Markas Pangkalan PU Gong Kedak dan seterusnya ke Majlis Perasmian Bilik Mesyuarat Pangkalan yang baru direnovasi dan diberi nama ‘Gunjiz’. Ybhg Panglima Tentera Udara juga mengambil peluang berkunjung ke Pejabat Komander Pangkalan bagi mengimbau kenangan-kenangan beliau ketika pernah berkhidmat di PU Gong Kedak.

Setelah itu, YBhg Panglima Tentera Udara dan delegasi lawatan telah dibawa ke Wisma Perwira bagi sesi sarapan pagi dan perkongsian dari YBhg PTU dengan tajuk ‘Bayang di Sebalik Lencana’. Tajuk itu dipilih adalah untuk membawa kita menyelami satu kisah perjuangan bagaimana seorang pegawai yang pernah berjasa di bumi Gong Kedak ini dan bangkit dengan pelbagai cabaran demi mengejar sesuatu yang tersembunyi di sebalik lencana.

Aturcara lawatan diteruskan ke Wisma Bintara bagi Majlis Makan Tengahari dan sesi titipan nasihat yang diberi tajuk ‘Dari Meja Panglima’. Tajuk ini dipilih adalah bermaksud tempat di mana keputusan strategik dan penting diambil, khususnya dalam konteks ketenteraan. Dan beliau yang berada di tempat tersebut kini berada di depan mata untuk berkongsi pengalaman dan memberi nasihat.

Seterusnya, PTU dan deligasi lawatan dibawa ke Tactical Shelter 4 bagi sesi bergambar bersama barisan esekutif Pangkalan dan wakil kakitangan Syarikat ATSC Sdn Bhd dengan berlatarbelakangkan Pesawat Sukhoi SU-30MKM, M52-16 yang diberi gelaran ‘Toruk Makto’. Pesawat ini juga merupakan pesawat yang diterbangkan sendiri oleh Ybhg Panglima Tentera Udara pada demonstrasi Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2025 (LIMA’25) yang lalu. Selesai sesi bergambar, Ybhg Panglima Tentera Udara dan deligasi lawatan dibawa ke Markas No 12 Skn bagi sesi minum petang.

Serentak dengan lawatan ini juga, Pengerusi Jemaah BAKAT Udara (JBU), Puan Sri Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan bersama delegasi turut melaksanakan lawatan ke BAKAT Udara PU Gong Kedak. Ketibaan Pengerusi JBU di Rumah BAKAT PUGK telah disambut oleh Pengerusi BAKAT Pangkalan, Puan Madihah binti Murad serta Ketua-ketua Biro.

Acara dimulakan dengan sesi bergambar dan menandatangani Buku Lawatan di Ruang Legar Rumah BAKAT. Pada lawatan kali ini, Pengerusi JBU turut mengambil peluang beramah mesra bersama ahli-ahli BAKAT PUGK dan menyerahkan sumbangan JBU kepada BAKAT PUGK. Pada acara ini, BAKAT PUGK telah menyediakan beberapa persembahan. Antaranya ialah Demonstrasi Membuat Bunga dari Sabun, Demonstrasi Membuat Sagupal dan Demonstrasi Masakan Rojak Betik.

Mengakhiri program lawatan, Panglima Tentera Udara dan deligasi lawatan telah dibawa ke Laman Puteri untuk bersarapan bersama Komander dan barisan Eksekutif Pangkalan sebelum bergerak pulang. Komander Pangkalan dan isteri turut memberikan cenderahati kepada YBhg Panglima Tentera Udara dan Pengerusi JBU sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih di atas jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer