TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA DAN ISTERI MENGHADIRI MAJLIS RESEPSI ULANG TAHUN KE-60 SINGAPORE ARMED FORCE

1 2 3
4 5 6

 

KUALA LUMPUR, 23 Jun 2025 – Timbalan Panglima Tentera Udara (TPTU), Lt Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM dan isteri, Datin Sri Hjh Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor telah menghadiri Majlis Resepsi Meraikan Hari Ulang Tahun Ke-60 Singapore Armed Forces (SAF) yang berlangsung di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.

Majlis anjuran Pejabat Penasihat Pertahanan dan Suruhanjaya Tinggi Singapura di Malaysia ini turut dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim serta Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato’ Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM.

Kehadiran TPTU dan Pegawai-pegawai Kanan yang lain dalam majlis ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua negara dalam memperkukuh hubungan pertahanan dua hala. Majlis seperti ini juga menjadi platform penting untuk mempereratkan lagi hubungan diplomatik dan ketenteraan antara Malaysia dan Singapura.

Selain menjadi wadah pertemuan informal antara Pegawai Kanan kedua-dua negara, majlis ini turut membuka ruang kepada pertukaran pandangan dan perbicangan isu-isu semasa dalam menangani cabaran keselamatan semasa dan masa hadapan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer