![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
GONG KEDAK, 22 Jun 25 - Pangkalan Udara Gong Kedak telah mengadakan Majlis Makan Malam bersama Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM yang bertempat di Dewan Puteri bersempena Lawatan Penghargaan Panglima Tentera Udara ke Pangkalan Udara Gong Kedak.
Majlis yang bertemakan Pahlawan Melayu ini turut diserikan dengan beberapa persembahan khas yang penuh simbolik kasih sayang dan kebudayaan dari sekolah-sekolah sekitar PUGK, juga merupakan rakan strategik TUDM hasil perlaksanaan beberapa siri Program Civil-Military Cooperation (CIMIC) bersama masyarakat komuniti.
Antara persembahan yang disediakan adalah dikir barat oleh Kumpulan Suara Udara PUGK dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Nurul Ittifaq, Besut, Terengganu dan persembahan mendeklamasikan sajak oleh LUK Abdullah bin Rosli yang merupakan Johan bagi Pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Kali Ke-38 Peringkat Angkatan Tentera Malaysia Tahun 2024.
Selain itu, Panglima Tentera Udara dan delegasi disajikan dengan persembahan tarian kebudayaan daripada Kumpulan Sedais Tari, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Ismail, Pasir Puteh, Kelantan dan persembahan Gamelan daripada Kumpulan Gema Warisan Bayu, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud, Besut, Terengganu yang merupakan Juara di Festival Kesenian Musik Tahun 2025 Sekolah Menengah Malaysia.
Manakala bagi persembahan penutup telah disempurnakan oleh Kumpulan TMS Wind Orchestra, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud yang telah memenangi Pertandingan Brassband National Competition 2024 and Juara Keseluruhan Drum Major World Malaysia Brassband Competition (WMBC) 2024.
Seterusnya, acara diteruskan dengan ucapan oleh Komander Pangkalan, Kol Mohd Norazan bin Othman TUDM. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan rasa berterima kasih kepada Panglima Tentera Udara kerana banyak berjasa dan berbakti kepada TUDM di sepanjang pemerintahannya. Setelah itu, Komander Pangkalan telah mengiringi Panglima Tentera Udara untuk memberikan sumbangan kepada 10 x Anggota dan Waris Anggota Yang Sakit Kronik dan menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi Pertandingan Booth Makanan Terbaik yang telah dimenangi oleh Cawangan Tadbir/Handau.
Sebelum meninggalkan majlis, Panglima Tentera Udara mengambil kesempatan untuk memberikan ucapan penghargaan dan beramah mesra bersama warga pangkalan.