KUALA LUMPUR, 24 Jun 2025 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada staf Pejabat Am Panglima Tentera Udara hari ini.
Dalam majlis ini, LU I Muhammad Nasriq bin Sarif telah dinaikkan pangkat ke Laskar Udara Kanan. Turut hadir bagi menyaksikan majlis ini adalah pegawai, anggota LLP, dan staf awam Pejabat Am Panglima Tentera Udara.
Panglima Tentera Udara serta seluruh warga Pejabat PTU mengucapkan tahniah kepada LUK Muhammad Nasriq bin Sarif di atas pemakaian pangkat ini. Semoga kenaikan pangkat ini menjadi pemangkin semangat kepada LUK Muhammad Nasriq bin Sarif untuk terus berkhidmat dengan cemerlang.