PANGLIMA TENTERA UDARA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT

1 2 3

 

KUALA LUMPUR, 24 Jun 2025 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Mantan Trade Master Kawal dan Lapor (K&L), Brig Jen Ivan John Row TUDM di pejabat beliau, hari ini.

Kunjungan ini adalah bersempena dengan persaraan Brig Jen Ivan John Row TUDM di dalam perkhidmatan tidak lama lagi.

Dalam pertemuan ini, Panglima Tentera Udara menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Brig Jen Ivan John Row TUDM di atas jasa khidmat dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di dalam TUDM khususnya serta ATM amnya.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer