![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SENDAYAN, 20 Jun 2025 – Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Dato' Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat TUDM bagi Zon Tengah 2 Tahun 2024 bertempat di Auditorium Rajawali, Pangkalan Udara Sendayan. Ketibaan beliau telah disambut dan diiringi oleh Pemangku Komander Pangkalan Udara Sendayan, Lt Kol Junaidi bin Abdul Aziz TUDM.
Majlis ini adalah merupakan majlis penganugerahan Sijil Perkhidmatan Cemerlang kepada Pegawai TUDM dan anggota LLP TUDM daripada pelbagai cawangan/ketukangan dan peringkat jawatan yang telah terpilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Zon Tengah 2. Seramai 119 penerima telah hadir ke majlis bagi Zon Tengah 2 yang terdiri Markas/Pangkalan/Unit TUDM di bahagian Tengah.
Penyampaian Sijil APC ini adalah sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan atas pencapaian cemerlang dalam prestasi serta mutu kerja oleh pegawai dan anggota TUDM dalam bidang dan jawatan masing-masing. Penerima telah menerima sijil berserta hadiah prestasi berjumlah RM1,000.00 yang disalurkan melalui akaun Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) di bawah seliaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Dalam ucapannya, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima dan berharap agar penghargaan yang diberikan ini dapat menjadi pemangkin semangat untuk terus melaksanakan tugas dan amanah dengan lebih cemerlang.
Turut hadir pada majlis ini adalah; KS MPPLU, Brig Jen Norazman bin Ismail TUDM; Panglima Rejimen TUDM, Brig Jen Mohd Zairul Hisham bin Muhamad Ibrahim TUDM; Komander JAMCC, Brig Jen Ben Khedda Adnan TUDM; Pengarah PSTU, Kol Mohd Shafreen bin Baba TUDM; serta barisan eksekutif PU Sendayan.
Anugerah ini diharap dapat menyuntik motivasi dan inspirasi kepada seluruh warga TUDM untuk terus meningkatkan kecemerlangan diri, sekali gus memartabatkan organisasi dan perkhidmatan. Sekalung penghargaan turut dirakamkan kepada Pangkalan Udara Sendayan selaku tuan rumah atas kejayaan menganjurkan Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat TUDM bagi Zon Tengah 2 Tahun 2024.