![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
ALOR SETAR, 21 Jun 2025 - Upacara Perbarisan Penyampaian Sayap Penerbangan Siri 86/24 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 66/24 telah diadakan bertempat di Kolej Tentera Udara (KTU), Kepala Batas, Alor Setar. Penyampaian Sayap Penerbangan ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM kepada 26 pelatih Institut Penerbangan 1 (INSPEN 1) dan Institut Penerbangan 2 (INSPEN 2) yang terdiri daripada 12 orang calon juruterbang pesawat sayap kaku dan 15 calon juruterbang
helikopter.
Acara dimulakan dengan perbarisan masuk medan yang terdiri daripada komposisi satu (1) Flait Graduan dan tiga (3) Flait Bantuan yang diketuai oleh Leftenan Asryl bin Haron TUDM selaku Ketua Perbarisan. Perbarisan diiringi oleh Pancaragam Gabungan Kolej Tentera Udara, Alor Setar dan Akademi Tentera Udara, Ipoh di bawah pimpinan Leftenan Hanif bin Che Razak TUDM.
Sebaik ketibaan di medan perbarisan, Panglima Tentera Udara telah menerima tabik hormat dan seterusnya memeriksa perbarisan. Konsep perbarisan adalah berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat serta diiringi dengan penerbangan pesawat helikopter EC 120B dan pesawat PC-7 MK II serta diakhiri dengan Terbang Lintas Hormat pesawat PC-7 MK II semasa Hormat Panglima sebelum perbarisan keluar medan.
Lima (5) piala telah dipertandingkan bagi menggalakkan persaingan sihat di antara para pelatih, iaitu Piala Panglima Tentera Udara (Terbaik Keseluruhan Sayap Kaku), Piala Panglima Tentera Udara (Terbaik Keseluruhan Sayap Putar), Piala Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (Terbaik Akademik), Piala Komandan (Pelatih Terbaik Penerbangan Sayap Kaku) dan Piala Komandan (Pelatih Terbaik Penerbangan Sayap Putar).
1. Piala Panglima Tentera Udara (Terbaik Keseluruhan Sayap Kaku)- Leftenan Muhammad Irfan Bin Salmi TUDM
2. Piala Panglima Tentera Udara (Terbaik Keseluruhan Sayap Putar) - Leftenan Abdul Rani bin Abdul Salim TUDM.
3. Piala Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (Terbaik Akademik) - Leftenan Asryl bin Haron TUDM.
4. Piala Komandan (Pelatih Terbaik Penerbangan Sayap Kaku) - Leftenan Nik Zulhisam bin Nik Samsudin TUDM.
5. Piala Komandan (Pelatih Terbaik Penerbangan Sayap Putar) - Leftenan Muhammad Ezzlan bin Nor Azam TUDM.
Panglima Tentera Udara di dalam ucapannya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelatih yang berjaya menamatkan kursus masing-masing. Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Komandan Kolej Tentera Udara, Brigedier Jeneral Azman bin Taib TUDM serta seluruh warga Kolej Tentera Udara (KTU) khususnya jurulatih INSPEN 1 dan INSPEN 2 serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana KTU sekali lagi berjaya melahirkan juruterbang-juruterbang juga perwira-perwira negara yang bakal berjuang dan mencurah bakti kepada agama, bangsa dan negara yang tercinta.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada ibu bapa dan keluarga para pelatih yang telah memberikan dorongan, motivasi, doa dan menjadi tulang belakang serta semangat di atas kejayaan para graduan sehingga berjaya dianugerahkan Sayap Penerbangan.
Panglima Tentera Udara dan barisan kepimpinan TUDM turut meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra bersama para pelatih serta ibu bapa selepas selesai acara perbarisan. Turut hadir ke perbarisan ini Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM serta Panglima Bantuan Udara, Mejar Jeneral Dato’ Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM. Turut hadir adalah ibu bapa dan keluarga para pelatih yang sentiasa memberi sokongan padu kepada anak-anak mereka yang kini mengorak langkah menjadi juruterbang dan generasi penerus juruterbang di dalam TUDM.