![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 18 Ogos 2025 – Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Asisten Ketua Staf Cawangan Operasi dan Latihan, Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Rashidin Hashimi bin Ab Rashid di pejabat beliau hari ini.
Pertemuan ini memberi ruang kepada kedua-dua panglima untuk bertukar pandangan dan memperkukuh hubungan kerjasama antara TDM serta TUDM . Perbincangan turut menyentuh aspek kesiapsiagaan, pengoperasian bersama serta pelaksanaan eksesais dan operasi gabungan dalam menjaga kedaulatan negara.