PANGLIMA TENTERA UDARA SEMBAH MENGHADAP DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN

1 2 3 4
5 6 7

 

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2025 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah telah berkenan menerima sembah menghadap daripada Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM di Istana Hinggap Perak, Kuala Lumpur hari ini.

Sembah menghadap Panglima Tentera Udara ini adalah bagi memperkenalkan diri kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan setelah mengambil alih jawatan sebagai Panglima Tentera Udara Ke-21 pada 26 Jun 2025.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan turut berkenan mendengar sembah taklimat oleh Panglima Tentera Udara berkaitan hala tuju dan perancangan strategik TUDM yang terkini.

Di akhir sesi sembah menghadap, Panglima Tentera Udara mempersembahkan cendera kenangan sebuah model pesawat UAS ANKA yang akan memasuki inventori TUDM pada tahun hadapan kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY