PANGLIMA TENTERA UDARA DAN ISTERI HADIR MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA SAMBUTAN HARI PAHLAWAN TAHUN 2025

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

KUALA LUMPUR, 30 Julai 2025 - Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM dan isteri, Datin Sri Hjh Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor telah hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2025 yang diadakan di Masjid Negara hari ini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah telah berkenan mencemar duli berangkat ke majlis ini.

Majlis yang penuh keberkatan ini diadakan bagi mendoakan kesejahteraan dan mengenang jasa para pahlawan negara yang telah berjuang mempertahankan kedaulatan serta keselamatan tanah air.

Majlis ini bukan sahaja menjadi wadah untuk mengenang pengorbanan para perajurit, malah mencerminkan semangat perpaduan dan penghargaan rakyat terhadap jasa mereka yang tidak ternilai.

Semoga Allah SWT menempatkan para pahlawan dan perajurit yang telah mengorbankan darah dan nyawa demi keamanan tanah air dalam kalangan orang-orang yang beriman serta diberi ganjaran syahid di sisi-Nya.

Turut hadir ialah Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Barisan Kepimpinan Negara, Pegawai-pegawai Kanan ATM dan PDRM serta warga ATM dan PDRM.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY