![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 30 Julai 2025 - Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menerima kunjungan hormat persaraan daripada Lt Jen Datuk Johnny Lim Eng Seng di pejabat beliau hari ini.
Dalam pertemuan ini, Panglima Tentera Udara merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Lt Jen Datuk Johnny Lim Eng Seng atas khidmat bakti dan jasa yang telah dicurahkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Memegang jawatan terakhir sebagai Mantan Komandan Ketahanan Nasional, Lt Jen Datuk Johnny Lim Eng Seng telah memainkan peranan penting dalam pembangunan kepimpinan dan pemikiran strategik Pegawai Kanan ATM. Sumbangan beliau dalam membentuk generasi kepimpinan yang cemerlang amatlah berharga dan begitu ternilai kepada ATM. Selamat bersara dan selamat maju jaya Lt Jen Datuk Johnny Lim Eng Seng.