PANGLIMA TENTERA UDARA SEMBAH MENGHADAP KDYMM SPB YANG DI-PERTUAN AGONG

1 3 4
5 6 7

 

KUALA LUMPUR, 29 Julai 2025 – KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM di Istana Negara hari ini.

Sembah menghadap ini merupakan pertemuan sulung Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM bersama KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong setelah dilantik sebagai Panglima Tentera Udara Ke-21 pada 26 Jun 2025. Panglima Tentera Udara menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia atas limpah perkenan dan kepercayaan yang diberikan untuk menerajui TUDM.

Panglima Tentera Udara turut menyampaikan sembah taklimat berkaitan hala tuju dan perancangan strategik TUDM yang memberi penekanan kepada usaha memperkukuh keupayaan TUDM sebagai kuasa udara yang kredibel dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara negara di kedua-dua wilayah tanah air.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY