![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 30 Julai 2025 – Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Panglima Angkatan Bersama (PAB), Lt Jen Dato' Pahlawan Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM di Pejabat PTU, Wisma Pertahanan hari ini.
Pertemuan ini merupakan kunjungan rasmi pertama Panglima Angkatan Bersama kepada beliau. Dalam pertemuan ini, kedua-dua pucuk pimpinan salin bertukar pandangan melibatkan isu semasa pertahanan dan juga hala tuju strategik dalam meningkatkan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia.
Pertemuan ini juga menjadi platform penting kepada Panglima Angkatan Bersama untuk mendapatkan nasihat dan mandat daripada pucuk kepimpinan baharu TUDM dalam meningkatkan kesiagaan operasi Markas Angkatan Bersama.