KPL U MUHAMMAD AFFIQUDIN DINOBAT PENUNTUT AKADEMIK TERBAIK KURSUS TCCC

1 2 3
4 5 6

 

MELAKA, 21 Ogos 2025 – Kpl U Muhammad Affiqudin bin Mohd Shakirman dari Pasukan Pertahanan Darat TUDM (HANDAU) telah dinobatkan sebagai Penuntut Akademik Terbaik dalam Kursus Tactical Combat Casualty Care (TCCC) Siri 1/2025 yang berlangsung di Kompeni Perubatan PARA, Kem Terendak.

Penganugerahan ini mengiktiraf kecemerlangan beliau sepanjang kursus, termasuk aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam mengendalikan rawatan kecemasan medan tempur. Kejayaan ini sekali gus membuktikan keupayaan warga TUDM untuk bersaing dan menonjol dalam latihan bersama.

Kursus TCCC Siri 1/2025 yang bermula pada 5 Ogos hingga 21 Ogos 2025 melibatkan 32 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan di bawah naungan 10 Briged PARA dan TUDM. Latihan ini dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih berpengalaman dari Kompeni Perubatan PARA.

Antara pengisian kursus termasuklah pengendalian rawatan awal kecederaan ketika pertempuran "Care Under Fire", teknik pemindahan pesakit menggunakan kawat usungan, serta penekanan terhadap kepentingan menyelamatkan nyawa rakan seperjuangan di medan pertempuran.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh PS 1 Latih 10 Briged PARA, Lt Kol Mohamad Fazrul bin Mohamad Fadir dengan kehadiran Lt Kol Hj Mohd Abdullah Bin Mohd Zainudin TUDM, PS1 OPKES MAREJ TUDM, Pegawai Staf MK 10 Bgd PARA, para pegawai serta anggota dari pasukan naungan 10 Bgd PARA.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN