SISTER SCHOOL PROGRAM (SSP) SIRI 7/25 ANTARA SEKOLAH KAWALAN TRAFIK UDARA, INSPRA DAN SCHOOL OF AIR TRAFFIC CONTROL, RAAF EAST SALE

1 2 3

 

KUANTAN, 21 Ogos 25 – SSP Siri 7/25 telah dilaksanakan dengan jayanya di Sekolah Kawalan Trafik Udara (SKTU), Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA). Sister School Program Siri 7/25 yang bermula pada 17 hingga 22 Ogos 25 merupakan program tahunan antara SKTU dan School of Air Traffic Control (SATC) yang didaftarkan dalam Program Term of Reference (ToR) Sister School semasa Persidangan Air Staff Talk (AST) Siri ke-11 di Sydney, Australia pada 18 Okt 2019.

Delegasi dari SATC, RAAF diketuai oleh WGCDR Erin Fryer, Pegawai Memerintah SATC dan diiringi oleh FLTLT Ewan Haig, Jurulatih SATC. Delegasi memulakan lawatan kerja ke Pangkalan Udara Butterworth bermula dengan Cawangan Operasi dan kemudiannya ke No 92 Wing Det A. Program seterusnya diteruskan dengan lawatan kerja ke INSPRA dan SKTU. Ketibaan delegasi SATC telah disambut oleh Komandan INSPRA, Kol Mohammed Firdauz bin Hj Osman TUDM, Ketua Jurulatih Latihan, Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM serta Ketua Sekolah SKTU, Lt Kol Mohamad Hasry bin Azhar TUDM di Markas INSPRA.

Dalam program lawatan ini, kedua-dua angkatan udara telah berkongsi pandangan serta berbincang mengenai kerjasama strategik dan pembangunan latihan kawalan trafik udara bukan sahaja di SKTU, malah juga di SATC pada masa hadapan. Rombongan delegasi turut dibawa melawat kemudahan latihan di SKTU seperti Aerodrome Control Training Simulator (ACTS), Radar Simulator System (RSS) dan Self Training Facilities (STF).

Dengan terlaksananya Sister School Program ini, diharapkan agar hubungan kerjasama erat antara TUDM dan RAAF terus diperkukuh. Program ini juga diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada perkongsian ilmu, pengalaman serta pembangunan kepakaran yang berterusan demi memastikan kesiapsiagaan dan profesionalisme anggota kedua-dua angkatan udara sentiasa berada pada tahap terbaik.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN