![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUCHING, 22 Ogos 2025 - Pangkalan Udara Kuching telah menganjurkan Program Semarak Merdeka peringkat pangkalan bertempat di Dewan Sri Angkasa.
Program ini telah dihadiri seramai 215 pegawai dan anggota LLP yang bertujuan untuk berkongsi pengetahuan military spirit dan penghayatan nilai sedia berkorban menerusi pengalaman sebenar yang dapat menyemarakkan lagi semangat cinta akan negara terutama dalam kalangan warga tentera.
Turut diadakan dalam program ini iaitu Forum yang bertajuk 'Patriotik Cara Saya' yang menampilkan Mej (KM) Sapok anak Biki, Kuartermaster 8 RAD merupakan Pemenang Pingat Emas Sukan Komanwel 1998 bagi sukan tinju sebagai ahli panel pertama dan Mej Nor Azizah binti Saidu Mohammed TUDM, Pegawai Eksekutif 1 dari No 1 Skn yang juga merupakan Jurumalim Pesawat CN235-220M/MSA sebagai ahli panel kedua. Moderator forum ialah Lt Kol Mohd Arif bin Ahmad Suparman, PS 1 Media Strategi MK PMTTD.
Selain itu, program ini turut diserikan dengan Deklamasi Sajak yang disampaikan oleh Kpl U Abdullah bin Rosli, pemenang tempat ke-2 Sayembara Deklamasi Puisi Peringkat ATM Tahun 2025, Kuiz Kemerdekaan dan nyanyian lagu patriotik.
Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan Udara Kuching, Kol Yusrizal bin Zain TUDM kepada para pemenang Pertandingan Rekaan Poster Digital dan Kuiz Kemerdekaan.