![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
BUTTERWORTH, 25 Ogos 2025 – Malaysia & Australia (RMAF Base Butterworth Infrastructure Project WG-11 ) telah diadakan pada 25 Ogos 2025 di PU Butterworth bagi membincangkan kemajuan projek ini dan jadual kerja yang telah dirancang termasuk kerja membaik pulih landasan lapangan terbang yang sedang dilaksanakan dan dijangka akan siap sepenuhnya pada September 2026.
Delegasi TUDM diketuai oleh Brig Jen Mohd Faizal bin Abu Bakar TUDM, Timbalan AKS Perancangan dan Pembangunan merangkap Pengerusi Bersama Projek telah membuat Kunjungan Hormat kepada Brig Jen Tan Lai Hock TUDM, Komander Pangkalan sebelum mempengerusikan WG-11.
WG-11 tersebut telah diadakan secara fizikal dan dalam talian, di mana Dr Syed Mohamad Syakir bin Syed Omar, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Dasar dan Strategik hadir secara dalam talian manakala turut hadir secara fizikal adalah Kol Asroha binti Haron TUDM, Pengarah Program serta Eksekutif Pangkalan yang terlibat.
Manakala delegasi Australia diketuai oleh Ms Laura Darlington, Assistant Secretary, Indo-Pacific Infrastructure merangkap Pengerusi Bersama Projek. Turut hadir adalah WGCDR Belinda Edmunds, CO 19 Skn, Suruhanjaya Tinggi (Australia) dan AECOM Australia serta Malaysia sebagai syarikat perunding bagi projek ini.
Sebaik mesyuarat selesai, semua yang terlibat dibawa untuk lawatan tapak projek bagi meninjau kemajuan kerja di lokasi. Sesi lawatan tersebut diakhiri dengan acara pertukaran momento antara pihak TUDM dan Indo-Pacific Infrastructure sebagai simbol penghargaan dan kerjasama erat antara kedua-dua negara dalam menjayakan projek infrastruktur ini.