MESYUARAT PEGAWAI WARAN MARKAS PEMERINTAHAN TUDM SIRI 3/2025

1 2 3

 

SUBANG, 25 Ogos 2025 – Mesyuarat Pegawai Waran Markas Pemerintahan TUDM Siri 3/2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat MUKES, Pangkalan Udara Subang yang dipengerusikan oleh PW TUDM, PW U I Mohd Rashidi bin Md Tahir.

Mesyuarat ini menjadi platform pertemuan Pegawai Waran Markas Pemerintahan TUDM untuk meneliti isu kebajikan, pembangunan kerjaya, penempatan serta hala tuju anggota Lain-lain Pangkat (LLP). Platform ini menjadi medan strategik bagi memperkukuh kepimpinan di peringkat akar umbi, seiring dengan aspirasi serta mandat pucuk pimpinan TUDM.

Antara fokus utama mesyuarat ini adalah menyelaras keperluan serta cabaran semasa LLP, membincangkan pelaksanaan dasar dan amalan terbaik, di samping menyampaikan amanat serta hala tuju terkini daripada kepimpinan tertinggi. Mesyuarat ini juga turut menyahut Perintah Ulung PTU Ke-21 yang berteraskan enam tonggak utama dengan penekanan kepada usaha melestarikan Warga Udara bagi mendepani cabaran masa hadapan serta memastikan legasi kegemilangan TUDM terus terpelihara.

Turut menjadi agenda utama mesyuarat ialah pemilihan wakil bidang kepakaran (tred) yang berperanan sebagai suara rasmi mewakili setiap kelompok kepakaran Lain-lain Pangkat (LLP). Pemilihan ini meliputi lima bidang utama iaitu Kuartermaster Udara, Operasi, Kejuruteraan, Materiel dan Pentadbiran. Langkah tersebut diyakini mampu memperkukuh saluran komunikasi dua hala antara kepimpinan dan warga LLP, sekali gus memastikan segala isu, pandangan serta keperluan anggota dapat disampaikan secara lebih sistematik, berkesan dan menyeluruh.

Langkah ini dijangka dapat memperkukuh jaringan komunikasi dua hala serta memastikan penyampaian maklumat dan kebajikan warga LLP disalurkan secara sistematik dan berkesan.

TUDM menegaskan komitmennya untuk terus mendengar, memahami dan bertindak dalam usaha memperkukuh perkhidmatan serta memastikan kesejahteraan setiap warganya terjamin.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN