![]() |
![]() |
![]() |
KOTA KINABALU, 4 Sep 25 β Seminar Pegawai Waran Peringkat Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) Tahun 2025 anjuran Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2) telah berjaya dilaksanakan di Sky Hotel, Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini. Seminar ini telah disempurnakan oleh Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Datoβ Hj Norli Hisham bin Alwi TUDM.
Seramai 50 peserta telah menghadiri seminar ini yang berlangsung pada 2 hingga 4 Sep 25 terdiri daripada Pegawai Waran Markas, Pangkalan, Skuadron dan Cawangan di bawah naungan MPOU.
Penganjuran seminar ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kepimpinan dalam kalangan kumpulan Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK), seterusnya mendorong perubahan positif sejajar dengan hasrat pucuk pimpinan tertinggi TUDM melalui arahan Direktif PTU No. 12: Senior Non-Commissioned Officer (SNCO) Empowerment.
Selain itu, seminar ini turut memberi penekanan terhadap aspek kawalan dan penguatkuasaan di tempat kerja termasuk semasa bertugas mahupun di luar waktu bertugas agar dapat memperkasa PTTK sebagai tulang belakang kepada keberkesanan operasi barisan hadapan TUDM.