![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 4 September 2025 – Satu lawatan tapak bagi penubuhan unit Pasukan Simpanan Tentera Udara (PSTU) telah diadakan di Pangkalan Udara Subang yang diketuai oleh Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Junairi bin Baharom TUDM bersama Pengarah PSTU, Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah Ketua Cawangan Tadbir PU Subang, PS 1 Latihan, PS 2 Rancang Pegawai Tadbir, Pegawai Senggara Kompleks PU Subang serta PS 3 Penyelidikan & Pembangunan (R&D).
Lawatan ini bertujuan untuk menilai kemudahan dan fasiliti yang tersedia di PU Subang yang dicadangkan sebagai pusat pelaporan anggota PSTU. Fokus utama diberikan kepada penilaian kesesuaian ruang sedia ada, infrastruktur sokongan serta aspek penambahbaikan yang perlu dilaksanakan bagi memastikan kelancaran pengoperasian unit PSTU secara lebih efektif.
Secara keseluruhannya, lawatan ini berjalan dengan lancar dan telah memberikan gambaran awal yang menyeluruh terhadap keperluan operasi serta persiapan yang perlu diambil kira dalam fasa seterusnya.
Penubuhan unit PSTU di PU Subang ini dijangka akan memberikan impak positif dalam memperkukuh kesiapsiagaan dan keupayaan operasi TUDM secara menyeluruh. Diharapkan agar pelaksanaan pengoperasian ini akan berlangsung mengikut jadual dan memberi manfaat strategik kepada organisasi serta warga udara.