![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 26 Jun 2025- Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM hari ini dengan rasminya telah menyerahkan jawatan Timbalan Panglima Tentera Udara kepada Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM dalam satu majlis yang berlangsung di Mes Wira Angkasa, Pangkalan Udara Subang.
Majlis ini turut diserikan dengan upacara pemakaian pangkat kepada dua (2) Pegawai Kanan TUDM iaitu Mej Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM yang dinaikkan ke pangkat Leftenan Jeneral TUDM, manakala Brig Jen Mohd Sani bin Omar TUDM dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral TUDM. Acara pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara.
Majlis diteruskan dengan upacara Serah Terima Tugas Panglima Pendidikan dan Latihan Udara di antara Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM dengan Lt Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM yang disaksikan oleh Panglima Tentera Udara.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM; Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato' Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan, para pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat TUDM.
Seluruh warga TUDM mengucapkan tahniah kepada Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM atas perlantikan sebagai Timbalan Panglima Tentera Udara dan Lt Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM atas perlantikan sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan Udara.